Posts

BAGAIMANA DMAIC BOLEH MEMBANTU MENINGKATKAN PROSES?

Image
Sebelum mula, kita perlu: Jelas dan betul-betul faham apa masalah@apa yang tidak kena dengan proses kita Pastikan staf atau rakan sekerja yang mengendalikan proses atau yang bertanggungjawab untuk mengendalikan peningkatan proses dapat membantu kita Berkongsi dengan team tentang perancangan penambahbaikan proses dan apakah target prestasi yang perlu dicapai. D – DEFINE Peringkat ini adalah untuk mengesan masalah. Kita perlu kenalpasti dan tentukan jenis masalah yang dihadapi. Perlu ambil kira apa yang pelanggan ‘sakit hati’ dengan produk atau perkhidmatan kita. Cuba guna soalan di bawah untuk memudahkan kita mendapat jawapan     (a) Apa yang tidak kena?      (b) Apakah yang pelanggan inginkan dan jangkakan?     (c) Di mana punca kesilapan atau permasalahan itu?     (d) Apakah simptom permasalahan tersebut?     (e) Apakah matlamat penambahbaikan? Apa yang anda jangkakan dari hasil               penambahbaikan?      (f)

FAHAMI PROSES DAN IMPAK KEPADA PELANGGAN SERTA SYARIKAT

Image
Apa Itu Proses? Sama ada dalam industri pembuatan, pengilangan atau perkhidmatan, proses bermaksud 1 set kerja atau tugasan yang perlu disempurnakan dalam memenuhi tuntutan aktiviti yang telah ditetapkan. Ini termasuklah mereka yang bertanggungjawab dalam mengendalikan dan menyempurnakan setiap langkah bagi kerja atau tugasan tersebut. Apa Pula Penambahbaikan Proses Penambahbaikan Proses pula bermaksud 1 langkah proaktif untuk mengenalpasti, menganalisa dan memperbaiki serta meningkatkan proses sedia ada di dalam syarikat atau organisasi. Ia bertujuan untuk mengoptimumkan standard kualiti demi memenuhi tuntutan dan kehendak pelanggan. Sebab Pelanggan! Pelanggan sentiasa memerhati dan mempunyai "harapan" yang tinggi daripada anda. Mereka tidak suka kepada prestasi yang sama atau biasa-biasa. Ini kerana mereka yang sanggup berhabis duit membeli produk atau servis anda. Proses (sama ada baik atau buruk) yang akan menentukan pelanggan anda gembira a

KRISIS EKONOMI MEMBERI KESAN KEPADA PERNIAGAAN. BAGAIMANA LEAN SIX SIGMA BOLEH BANTU?

Image
Kelembapan ekonomi dan persaingan yang hebat memaksa syarikat untuk mengimbangi semula kapasiti supaya selari dengan permintaan yang rendah. Banyak syarikat telah melaksanakan langkah-langkah yang drastik antaranya dengan menyatukan atau menutup operasi, dan membuat pemberhentian pekerja. Ini semua mimpi ngeri bagi para usahawan. Namun, pemotongan sana sini tanpa peneltilitian dan perancangan rapi bakal mengundang ketidakstabilian perniagaan untuk jangka masa panjang. Tambahan lagi, ia bakal menggagalkan syarikat memenuhi matlamat strategik perniagaan. Namun, terdapat juga syarikat yang telah mengambil langkah pro aktif dengan cara membuat keseimbangan antara struktur kos yang kompetitif, melaksanakan strategi yang efektif dan pelaburan untuk masa hadapan sebagai persediaan untuk menghadapi krisis ekonomi. Menurut kajian antarabangsa (berdasarkan krisis ekonomi yang berlaku sebelum ini), kebanyakan syarikat yang masih mampu untuk ‘bernafas’ telah mengambil pendekatan unt

PERBAIKI PERNIAGAAN DENGAN SINGKIRKAN PEMBAZIRAN?

Image
Pelanggan menjangkakan produk atau perkhidmatan dihasilkan dan dilaksanakan dengan pantas (lebih pantas lebih bagus), dengan kualiti yang baik dan tidak ada kecacatan. Mereka tidak mahu tahu bagaimana anda melakukannya. Yang penting bagi mereka, hasilnya mesti sempurna dan harganya mestilah kompetitif. Persoalannya, mampukah anda mencapai prestasi tersebut jika pembaziran wujud di dalam perniagaan anda? Hapuskan seger a! Infografik di bawah ada menerangkan secara ringkas cara untuk menyingkirkan pembaziran. ‪#‎ pembaziran‬ ‪#‎ transformasi‬ ‪#‎ keuntungan‬ ‪#‎ perniagaan‬

PETIKAN RINGKAS - KENALI LEAN SIX SIGMA

Image

PEMBAZIRAN MEMBERIKAN IMPAK BURUK KEPADA PERNIAGAAN?

Image
#1 Pembaziran di dalam sesuatu proses menyebabkan anda terpaksa menanggung kos. Apabila kehilangan “wang” menyukarkan anda untuk melebarkan lagi sayap perniagaan anda. #2 Jika anda sambil lewa untuk membasmi pembaziran, ia membuka ruang dan peluang kepada pesaing anda untuk lebih dahulu mendahului anda. Ini kerana pembaziran menyebabkan anda hilang kecekapan dan kelebihan. #3 Pembaziran menyebabkan harga jualan produk atau perkhidmatan semakin meningkat dan tidak kompetitif. Dengan menghapuskan pembaziran dengan segera, harga jualan akan menjadi lebih kompetitif dan “production” dapat dilakukan dengan lebih lagi, lebih cekap & lebih berkualiti. #4 Motivasi pekerja dan prestasi akan terjejas jika anda memilih untuk “terus membela” pembaziran. Kerana seolah-olah anda tidak menghargai mereka yang bertungkus lumus bekerja terutamanya di bahagian “production”. Lebih menyedihkan lagi ini akan menyebabkan lebih banyak berlakunya pembaziran. Mulakan tindak

APAKAH BENTUK PEMBAZIRAN YANG MERUGIKAN PERNIAGAAN?

Image
Sedar atau tidak, pembaziran ada di mana-mana. Tidak kira di dalam industri pembuatan, perkhidmatan malah di dalam pejabat/tempat kerja kita pun wujudnya pembaziran. Pembaziran merupakan suatu aktiviti yang langsung tidak memberi nilai kepada pelanggan. Yang pasti, sekiranya berlaku aktiviti pembaziran pelanggan tidak akan menanggung sebarang kos yang timbul. Infografik di bawah menerangkan 8 jenis pembaziran di dalam perniagaan. ‪#‎ leansixsigma‬ ‪#‎ pembaziran‬ ‪#‎ keuntungan‬   #produktiviti